Halfest, Halal Fiesta Malaysia 2013

Info

Kuala Lumpur
  • Venue : Putra World Trade Centre
  • Date : 2 - 6 October 2013 @ 10am - 9pm
  • Admission :  Free Entrance
 

    Description

    About : HALFEST 2013 menghimpunkan pelbagai produk dan perkhidmatan Halal dari serata Malaysia dibawah satu bumbung, dan ia memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenalinya dan menggunakannya.

    Penganjuran Halfest turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan, demonstrasi masakan, kuiz dan permainan menarik khusus untuk kanak-kanak dan banyak lagi! Daripada pengasas MIHAS, kami bawakan kepada anda EKSPO HALAL TERBESAR MALAYSIA khusus untuk pengusaha produk halal tempatan!

    HALFEST – sebuah ekspo Halal yang diwujudkan untuk memperkukuhkan dan merangsang industri halal tempatan sebelum melangkah ke pasaran global. HALFEST turut mempunyai sasaran untuk menjadi platfom dalam membangunkan pasaran halal di peringkat negara.

    HALFEST – platform halal paling efektif buat pengusaha produk dan
    perkhidmatan untuk mempromosikan dan memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping meningkatkan hubungan perniagaan antara penggiat industri dan konsumer tempatan.

    HALFEST – memberi faedah kepada pasaran tempatan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan halal secara agresif di mata umat Islam dan bukan Islam di Malaysia dan orang ramai.

    HALFEST sememangnya amat dinantikan penuh kemeriahan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang meriah! Penampilan selebriti terkenal, demonstrasi dan pertandingan memasak, kuiz dan permainan untuk kanak-kanak dan pelbagai aktiviti menarik menjanjikan keseronokkan khusus untuk seisi keluarga. Di samping itu, Halfest turut menjanjikan peluang membina rangkaian di seluruh tapak ekspo di samping menyediakan platform untuk membincangkan kebimbangan tentang integriti produk-produk halal dalam minda semua pengguna-pengguna halal dan pelbagai topik berkaitan dalam usaha mewujudkan usahawan negara yang berdaya saing.

      Link

      Official Website : www.halfest.com.my
      Official Website : http://halal.com.my/

        Labels

        No comments:

        Post a Comment

        Disclaimer

        zeroplan.blogspot & zeroplan.facebook are not manage and organize this event. Date, Venue, Time and Tickets price about to change without prior notice. Decision based on information that we collect maybe are not true and may cost you a risk and loss. Please be advice to check the official website and the organizer to confirm your trip and activity. Do notice us if the event from our post were canceled, postponed or wrong. Thank You, Admin ZeroPlan Malaysia.
        x

        Like us On Facebook


        .