Teater Raja Lawak

Info

Kuala Lumpur
  • Venue : Auditorium DBKL
  • Date : 16 - 25 January 2013 : 8.30pm
  • Admission :  RM20, RM30 ,RM40 & RM50
 

    Description

    About : OSMAN BOMBAY – seorang bekas pelakon/pelawak bangsawan yang popular pada dekad 50-an masih mahu meneruskan “kerjaya” sebagai pelawak, walaupun sudah lanjut usianya dan sering sakit pula, pada dekad 90-an. Gaya lawaknya yang lebih berbentuk slapstick juga sebenarnya sudah tidak digemari oleh penonton.

    Pada ketika muzik rock sedang digilai oleh anak-anak muda, “seni lawak” seperti yang dibawa oleh Osman Bombay tidak lagi mendapat tempat. Sebaliknya, lawak dalam bentuk

    “stand-up comedy” seperti yang dibawa oleh pelawak popular, M.G. RAMLI semakin digemari penonton.

    Osman Bombay tidak dapat menerima hakikat ini. Isteri Osman Bombay yang masih muda, JULIAH, cuba menyedarkan Osman tentang hal tersebut, tetapi ego pelawak itu tidak mudah untuk menerima nasihat Juliah. Dalam pada itu, seorang pelawak muda, HUSIN TAK BAI yang sangat meminati dan fanatik pada gaya lawak Osman Bombay, menjadikan Osman idolanya dan ingin menjadi pelawak seperti Osman Bombay. Dia sentiasa mengikuti persembahan Osman dan diterima oleh Osman sebagai protegenya.

    Perhubungan rapat antara Juliah dengan M.G. Ramli menimbulkan cemburu Osman, menyebabkan berlaku konflik di antara mereka bertiga. Husin Tak Bai terperangkap antara konflik ini. Hasratnya untuk menjadi pelawak seperti Osman Bombay mungkin tidak akan tercapai.

    Apakah yang terjadi seterusnya antara Osman Bombay, Juliah dan M.G. Ramli? Apakah pengakhiran yang berlaku terhadap diri Osman Bombay dalam kerjayanya sebagai pelawak? Saksikan Raja Lawak untuk mengetahui kesudahannya!

      Link

      Ticket : www.ticket2u.biz

        Labels

        No comments:

        Post a Comment

        Disclaimer

        zeroplan.blogspot & zeroplan.facebook are not manage and organize this event. Date, Venue, Time and Tickets price about to change without prior notice. Decision based on information that we collect maybe are not true and may cost you a risk and loss. Please be advice to check the official website and the organizer to confirm your trip and activity. Do notice us if the event from our post were canceled, postponed or wrong. Thank You, Admin ZeroPlan Malaysia.
        x

        Like us On Facebook


        .