Nidji, D'Massive, Geisha, Astrid - Rock & Star Malaysia Tour 2012


Label

Info

Venue : Akustika Dasyat & Ceria Au2, Jusco, Taman Setiawangsa
Date : 9 March 2012 : 8.30pm


Venue : Konsert Nusantara 1 Malaysia, Dataran Datok Bahaman, Lancang
Date : 10 March 2012 : 8.30pm
Admission : Percuma

Venue : Meet The Rock & Stars, Redbox Pavilion
Date : 11 March 2012 : 2pm

Venue : Sunday Night Jam, LOFT KL
Date : 11 March 2012 : 8.30pm


Bookmark ALL this Event on FACEBOOK - click to Attend


Description


MALAYSIA bakal ‘digemparkan’ dengan kehadiran empat bintang Indonesia popular terkini bulan Mac ini selama lima hari berturut-turut dengan aneka rangka promosi dan persembahan khusus untuk peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan selama ini.

Dianjurkan Universal Music Malaysia dan Rumpun Records selaku syarikat rakaman, kumpulan Nidji, D’Masiv dan Geisha serta artis solo yang cukup popular, Astrid tiba di negara ini pada 8 Mac 2012 menaiki penerbangan Air Asia, selaku penerbangan rasmi acara jelajah kali ini.

Sebuah sidang akhbar dianjurkan pada hari pertama kehadiran mereka itu, diadakan di Micasa All Suite Hotel, Kuala Lumpur, yang juga penginapan rasmi kesemua artis terlibat, dan turut disertai semua penaja yang memberi sokongan kepada rangka promosi ini.

Antara penaja lain termasuk Loft sebagai penaja lokasi persembahan, Dapur Penyet sebagai katerer rasmi, Redbox dan Redbox Plus sebagai penaja bersama, Suria FM sebagai radio rasmi, dan S2Studio sebagai jurugambar rasmi.

Selain melakukan rangka promosi menerusi radio, televisyen dan media cetak, keempat-empat artis ternama ini akan mempromosikan produk terbaru mereka berupa album dan single, khususnya Nidji dengan album Liberty, Astrid dan albumnya Tentang Rasa serta D’Masiv bersama album Persiapan.

Geisha yang kembali ke Malaysia memperomosikan album Meraih Bintang, menampilkan lagu popular mereka Cinta Dan Benci akan terus meraih sokongan rakyat tempatan, berbekalkan single mereka seterusnya Remuk Jantungku.

Lagu daripada album mereka ini turut dimuatkan dalam runut bunyi drama bersiri popular yang hangat ditayangkan, Vanila Coklat yang ditayangkan menerusi slot Lestary, TV3, menampilkan lagu seperti Tentang Rasa oleh Astrid, Geisha (Cukup Tak Lagi, Kenangan Hidupku dan Cinta Dan Benci), selain lagu tempatan Kerana Kasihmu oleh GX4.

Dua persembahan berbeza dijadualkan apabila Nidji dijadualkan membuat persembahan pada Hotfm Big Jam di Kuala Terengganu, mana kala D’Masiv, Geisha dan Astrid bakal membuat persembahan secara akustik pada Akustika Dahsyat dan Ceria, di AEON Jusco AU2, Taman Sri Keramat pada 9 Mac 2012 jam 8.30 malam, disertai kumpulan The Malayan sebagai artis undangan.

Tiga bintang itu juga akan menyertai Konsert Nusantara 1Malaysia yang diadakan di Dataran Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang pada 10 Mac 2012, jam 8.30 malam, disertai kumpulan tempatan seperti 6ixth Sense, GX4 dan Lefthanded.

Dijangka 10,000 penonton hadir pada konsert percuma untuk peminat luar bandar ini, apatah lagi ini kali pertama artis dari seberang dibawa ke pedalaman untuk melakukan aktiviti promosi sekali gus menghiburkan golongan ini.

Pada 11 Mac 2012, bertempat di Redbox Plus, Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur, acara sesi beramah mesra bersama peminat bertuah diadakan dengan kerjasama penaja, Redbox, dan pemenang bertuah yang memenangi peraduan menerusi Suria FM akan diraikan bersama semua artis terbabit.

Pada sebelah malamnya pula, sebuah persembahan Sunday Nite Jam bersama Nidji dijadualkan berlangsung di The Loft, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur memandangkan peminat di ibu kota tidak berkesempatan melihat sendiri persembahan kumpulan ini dalam acara sebelumnya.

Kumpulan The Malayan turut diundang untuk mengadakan persembahan pembukaaan, dan bakal ditonton kesemua artis yang turut menyertai rangka promosi kali ini.

Diharapkan kehadiran Nidji, D’Masiv, Geisha dan Astrid ke Malaysia akan dapat memberikan
pendedahan yang lebih mengenai mereka kepada khalayak, seterusnya dapat mengeratkan hubungan
artis Indonesia dan Malaysia yang terjalin sejak dulu lagi.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

zeroplan.blogspot & zeroplan.facebook are not manage and organize this event. Date, Venue, Time and Tickets price about to change without prior notice. Decision based on information that we collect maybe are not true and may cost you a risk and loss. Please be advice to check the official website and the organizer to confirm your trip and activity. Do notice us if the event from our post were canceled, postponed or wrong. Thank You, Admin ZeroPlan Malaysia.
x

Like us On Facebook


.