Cycle 4 Care Charity Ride 2012


Label

Info

Venue : Alam Budiman U10, Shah Alam
Date : 6 May 2012 : 7.30pm - 5pm
Register Before : 15 April 2012
Admission : RM50 >15 April 2012 < RM60
Bookmark this Event on FACEBOOK - click to Attend

Description


Apakah dia Cycling 4 care MTB Jamboree?

"Berbasikal satu masa dahulu merupakan aktiviti kebanyakan anak2 dikampung selain daripada menangkap ikan di sungai, menangkap labah-labah dan melagakannya atau memanjat pokok buah-buahan. Itu adalah sebelum mereka dikenalkan pada TV satelit dan permainan berkomputer. Tiada siapa pun pada suatu masa dahulu menjangkakan aktiviti berbasikal akan menjadi satu acara riadah dan ekstrim apatah lagi menjadi acara yang diiktiraf diperingkat antarabangsa pada masa sekarang."

"Jamboree basikal bukit ini dikhaskan untuk perserta-perserta basikal bukit disepanjang laluan berliku sejauh 45 kilometer di Alam Budiman , U10 Shah Alam , Selangor. Kami menjangkakan 1500 sehingga 2000 perserta akan mengambil bahagian dalam acara ini."

"Para basikalis tegar ini sentiasa menunggu untuk menakluki dan melalui cabaran-cabaran baru yang disediakan di sepanjang laluan ini. Sekarang adalah masa yang sesuai dan dengan bangganya kami menyatakan ini adalah acara berbasikal amal yang julung-julung kalinya diadakan. Acara "CYCLE FOR CARE" akan mengutip dana untuk OrphanCARE, Rumah Amal Asnaf Al-Barakah, Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV / AIDS (PERNIM) dan mereka yang kurang bernasib baik di Selangor dan Lembah Klang."

"Kami akan menjemput anak-anak yatim ini untuk sama-sama menguruskan acara Jamboree ini untuk mendedahkan mereka pada acara berbasikal dan peluang-peluang yang ada dalam aktiviti berbasikal. Kebanyakan mereka ini akan menghabiskan masa kanak-kanak mereka di rumah-rumah anak yatim dan selalunya mereka akan membesar dalam keadaan rendah diri atau tidak yakin pada diri sendiri mengakibatkan masalah tingkah laku dan pembelajaran mereka. Kebanyakan mereka apabila berumur 18 tahun akan meninggalkan rumah-rumah anak yatim yang didiami mereka sebelum ini, tanpa sokongan sistem keluarga yang sebenar-benarnya menjadikan sukar bagi mereka untuk memulakan hidup baru."

"Trek akan merangkumi Alam Budiman, Saujana, Bukit Ramlee dan sebahagian lokasi yang masih lagi dirahsiakan . "

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

zeroplan.blogspot & zeroplan.facebook are not manage and organize this event. Date, Venue, Time and Tickets price about to change without prior notice. Decision based on information that we collect maybe are not true and may cost you a risk and loss. Please be advice to check the official website and the organizer to confirm your trip and activity. Do notice us if the event from our post were canceled, postponed or wrong. Thank You, Admin ZeroPlan Malaysia.
x

Like us On Facebook


.