Info
Venue : Dataran LRT Pasar Seni
Date : 25 & 26 February 2012
Date : 25 & 26 February 2012
Admission : n/a
Bookmark this Event on FACEBOOK - click to Attend
Description : Buat kali kedua, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan ‘KUL Sign Festival 2012’ bermula dari 25 Februari hingga 26 Februari 2012 ini. Festival yang akan diadakan di Dataran LRT Pasar Seni ini bertujuan untuk mengawal gejala ‘vandalisme’ yang semakin menular di kalangan warga kota serta menjalinkan kerjasama dan persefahaman di antara pihak DBKL dengan penggiat seni graffiti secara dua hala.
Menurut Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur, setakat ini seramai 200 orang telah mengesahkan penyertaan, manakala pelukis luar negara yang akan menyertai pertandingan ini adalah daripada Itali, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Hong Kong dan Sweden. “Kami amat berbesar hati menerima penyertaan dari perserta luar negara dan ini menandakan usaha kami disambut baik oleh semua pihak. Ini terbukti apabila pihak DBKL menerima beberapa penyertaan dari peserta bukan sahaja dari dalam begara bahkan peserta dari pelusuk dunia”, katanya pada sesi sidang media ‘KUL Sign Festival 2012’ di Pasar Seni, 13 Februari 2012. Sesi sidang media itu turut diserikan dengan penyerahan Sijil Malaysia Book of Record kepada Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuad oleh wakil Malaysia Book of Record, Yang Berbahagia Datuk Danny Oii. Pengiktirafan ini diberi diatas kejayaan DBKL melakar sejarah dengan penganjuran ‘KUL Sign Festival 2011’ lalu sehingga menghasilkan Lukisan Grafiti Terpanjang di Malaysia.
Bagi memeriahkan pertandingan kali ini, beberapa acara sampingan akan diadakan seperti Pameran ‘Flea Market’, Demo Mari Mencuba Grafiti, Pertandingan mewarna kanak-kanak tahap 1 dan 2, pertandingan X-treme Games (BMX dan Skate board) dan lain-lain lagi.

Link
News : http://www.dbkl.gov.my
No comments:
Post a Comment