Bakat i Akustik RTM 2012


Label

Info

Description : 
SYARAT PENYERTAAN UJI BAKAT BAKAT i AKUSTIK
1. Warganegara Malaysia
2. Berusia 30 tahun ke bawah
3. Terbuka kepada kumpulan amatur & profesional
4. Mengisi borang penyertaan dengan lengkap
5. Satu salinan kad pengenalan (setiap ahli)
6. Sekeping gambar penuh solo / kumpulan bersaiz poskad
7. Keanggotaan kumpulan adalah solo hingga tujuh orang (termasuk penyanyi) Jika terpilih untuk bertanding, kumpulan wajib mengekalkan ahli kumpulan asal
8. Setiap individu hanya dibenarkan menganggotai satu kumpulan sahaja
9. Membawa sendiri hand instruments
10. Minus one / pre programmed sequencing dalam keyboard tidak dibenarkan
11. Menampilkan imej yang bersih dan kemas
12. Khidmat penari dan penyanyi latar tidak dibenarkan. Anggota kumpulan dibenarkan menjadi penyanyi latar
13. Sebarang perbelanjaan untuk uji bakat ditanggung sendiri oleh setiap ahli kumpulan
14. Keputusan panel juri RTM adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan
Page 5 of 6

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BAKAT i AKUSTIK
1. Lagu-lagu yang dipertandingkan mestilah diluluskan oleh panel penilaian lagu RTM
2. Mesti mengemukakan ahli kumpulan asal (daripada sesi uji bakat)
3. Khidmat penari dan penyanyi latar tidak dibenarkan. Anggota kumpulan dibenarkan menjadi penyanyi latar
4. Setiap kumpulan dimestikan mematuhi jadual latihan dan siaran langsung yang akan ditetapkan
5. Minus one / pre programmed sequencing dalam keyboard tidak dibenarkan
6. Setiap kumpulan yang bertanding hanya diberi masa selama 4 minit bagi membuat persembahan. Masa persembahan tersebut meliputi dua buah lagu iaitu lagu satu, ciptaan tempatan (boleh diolah mengikut kreativiti, dengan persetujuan penyanyi asal) dan lagu kedua, bebas (samada ciptaan sendiri atau tempatan)
7. Bagi peringkat akhir, lagu wajib adalah lagu baharu yang belum dirakamkan tidak kurang daripada 3 minit. Manakala, lagu kedua pula adalah lagu ciptaan tempatan. Jumlah durasi adalah 6 minit
8. Kumpulan wajib mematuhi tarikh tutup penghantaran lagu kepada penerbitan mengikut tarikh yang akan ditetapkan
9. Penampilan ahli kumpulan mestilah kemas dan mematuhi etika berpakaian serta garis panduan yang ditetapkan oleh RTM. Namun, pihak penerbitan berhak mengarahkan penggunaan pakaian yang disediakan oleh RTM jika tidak mematuhi etika pemakaian RTM
10. RTM berhak menggugurkan mana-mana kumpulan yang tidak berdisiplin, sedang / masih dalam tindakan (sivil / jenayah) di mahkamah serta menimbulkan masalah yang boleh mengganggu kelancaran pertandingan.
11. Peserta wajib mematuhi tarikh, waktu latihan, rakaman dan siaran langsung dan sebarang jadual untuk promosi
12. Bayaran peserta untuk penyertaan, pengangkutan dan lojing semasa sesi latihan dan siaran langsung mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
13. RTM mempunyai budi bicara untuk meminda atau menggubah mana – mana terma dan syarat pertandingan pada bila – bila yang difikirkan sesuai
14. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan

Link

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

zeroplan.blogspot & zeroplan.facebook are not manage and organize this event. Date, Venue, Time and Tickets price about to change without prior notice. Decision based on information that we collect maybe are not true and may cost you a risk and loss. Please be advice to check the official website and the organizer to confirm your trip and activity. Do notice us if the event from our post were canceled, postponed or wrong. Thank You, Admin ZeroPlan Malaysia.
x

Like us On Facebook


.