Kilauan Emas (Audition & Competition)


Kilauan Emas (Audition & Competition )
Rancangan Realiti TV untuk 45 tahun dan ke atas.

Venue : Skudai Parade, Johor Bahru, Johor
Date : 7 & 8 May 2011

Venue : Berjaya Megamall Kuantan, Pahang
Date : 14 & 15 May 2011

Venue : Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor
Date : 21 & 22 May 2011

Venue : Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang, Penang
Date : 28 & 29 May 2011

Description : Astro Prima bakal memperkenalkan sebuah lagi rancangan pertandingan nyanyian realiti TV baru yang dinamakan Kilauan Emas. Menariknya rancangan ini ialah ia hanya dibuka kepada golongan yang berusia 45 tahun ke atas.

Pada sidang akhbar yang berlangsung itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Encik Nizam Sani menyatakan bahawa sebagai usaha untuk memperteguhkan lagi kedudukan Astro Prima sebagai saluran keluarga, Kilauan Emas diharap menyumbang kepada matlamat tersebut khas untuk tontonan seisi keluarga. Beliau menegaskan bahawa setiap generasi penonton mempunyai hak untuk menentukan apa yang ingin mereka tontoni selaras dengan usia dan kecenderungan mereka. Kilauan Emas adalah ssalah satu daripadanya kerana ia lebih memberi ruang kepada golongan yang sudah berusia tetapi tidak berpeluang untuk menunjukkan bakat terpendam mereka.

Pada petang tersebut juga telah diumumkan pengacara untuk rancangan tersebut iaitu Raja Azura atau lebih dikenali sebagai kak Engku. Juga diperkenalkan 2 juri tetap untuk rancangan ini iaitu penyanyi Nora dan Sohaimi Meor Hassan.

Pencarian peserta Kilauan Emas akan dimulakan menerusi sesi ujibakat bermula di Johor, Kuantan, Pulau Pinang dan Selangor:

Pendaftaran dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Untuk menyertai ujibakat yang dikendalikan pada tarikh-tarikh tersebut, peserta perlulah berusia 45 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R Penuh. Para peserta juga perlu mendendangkan lagu-lagu wajib yang telah pun disenaraikan iaitu:

1. Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu - Ramlah Ram
2. Di Persimpangan Dilemma - Nora
3. Seri Dewi Malam - Sharifah Aini
4. Gerhana - Kembara
5. Ku Pendam Sebuah Duka - Khatijah Ibrahim
6. Sampaikan Salam Cintaku - Alleycats
7. Epilog Cinta - Sohaimi Meor Hassan
8. Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak
9. Sejati - Wings
10 - Widuri - Broery Marantika

Nantikan Kilauan Emas yang akan mula disiarkan pada 24 Jun 2011 dengan 4 eposid pengenalan Zon Kilauan EMas setiap hari Jumaat pada pukul 7.30 malam di saluran Astro Prima.

Jadi, kepada makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang mempunyai bakat terpendam. keazaman dan keinginan untuk jadi glamor, apa ditunggu lagi, pastikan anda sudah berada di lokasi ujubakat pada tarikh-tarikh tertentu untuk diujubakat. Mana tahu anda salah seorang `pelajar' Kilauan Emas musim pertama dan mungkin juga Juara Kilauan Emas pertama!

Link : http://sinar.fm/

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

zeroplan.blogspot & zeroplan.facebook are not manage and organize this event. Date, Venue, Time and Tickets price about to change without prior notice. Decision based on information that we collect maybe are not true and may cost you a risk and loss. Please be advice to check the official website and the organizer to confirm your trip and activity. Do notice us if the event from our post were canceled, postponed or wrong. Thank You, Admin ZeroPlan Malaysia.
x

Like us On Facebook


.