Konvensyen Belia, Pengiktirafan Dan Kemajuan Belia, Hari Belia 2011 Malaysia (Conference & Talk)



Konvensyen Belia, Pengiktirafan Dan Kemajuan Belia, Hari Belia 2011 Malaysia (Conference & Talk)

Venue : PICC, Putrajaya
Date : 27 - 29 May 2011
Time : 10am - 10pm

Description :

Lebih 200 aktiviti akan diatur sepanjang laluan Persiaran Perdana di sini sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mei ini. Sepanjang tiga hari sambutan, para belia berpeluang mempamerkan potensi diri dengan menyertai acara-acara berbentuk pertandingan, persembahan, mencuba kemahiran, mencari peluang pekerjaan dan pelajaran serta menguji bakat masing-masing.

Kemuncak sambutan, pelancaran Himpunan Sejuta Belia pada 28 Mei yang akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengisytiharkan 2011 sebagai Tahun Belia Negara.

Secara keseluruhan, aktiviti tersebut terbahagi kepada 11 segmen utama iaitu Himpunan Sejuta Belia, Modal Insan, Y-Avenue, Malaysia Cergas, MAHA Youth dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Aktiviti turut membabitkan segmen World Youth Fantasy & Gadget World; Y Central; Karnival Memancing Sejuta Belia; We Care, We Smart, We Young dan Karnival Belia Budaya 1 Malaysia.

Kesemua segmen itu membabitkan 80 acara berbentuk pertandingan (41.4 peratus), kerohanian dan keilmuan melibatkan 93 acara (48.2 peratus) manakala persembahan dan pertunjukkan sebanyak 20 acara (10.4 peratus).

Aktiviti yang menjadi tumpuan antaranya Konvoi dan Perkhemahan Transformasi Belia yang membabitkan seramai 5,000 belia dari seluruh negara.

Perkhemahan Jambori Pengakap dan Perhimpunan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang masing-masing melibatkan 10,000 dan 20,000 penyertaan juga akan diadakan.

Seramai 10,000 orang akan menyertai larian Ekiden Run dan Rentap Futsal 2 melibatkan lebih 20,000 orang.

Acara lain termasuk pertunjukan wayang pacak, robofair Rakan Muda, himpunan gergasi karikatur, pertandingan pasukan sorak, drag kereta dan motosikal, PC fair, persembahan artis dan lelongan amal.

Bagi memupuk kemahiran berniaga di kalangan belia, KBS akan menyediakan ruang niaga yang luas untuk menjual dan mempamerkan produk keluaran mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga akan membuka kaunter pendaftaran pengundi baru dan semakan daftar pemilih.

Link : http://www.haribelianegara.org.my/
Link : http://www.belia2011.org/

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

zeroplan.blogspot & zeroplan.facebook are not manage and organize this event. Date, Venue, Time and Tickets price about to change without prior notice. Decision based on information that we collect maybe are not true and may cost you a risk and loss. Please be advice to check the official website and the organizer to confirm your trip and activity. Do notice us if the event from our post were canceled, postponed or wrong. Thank You, Admin ZeroPlan Malaysia.
x

Like us On Facebook


.