Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011 (Competition & Sports)


Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011 (Competition & Sports)

Venue : Kompleks Futsal Putrajaya, Presint 18, Putrajaya
Date : 30 April - 2 May 2011
Competition Entry Ends : 21 April 2011

Description : Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, 'futsal puteri' di bawah penyelarasan Biro Sukan dan Kecergasan, akan menganjurkan kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011.

Pengerusi biro tersebut, Isfarina Mohd Bali berkata, kejohanan ini merupakan satu medium untuk menyatupadukan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Ianya juga dilihat sebagai satu inisiatif untuk mendampingi golongan wanita muda hingga ke peringat akar umbi.

“Objektif kejohanan ini adalah menerapkan budaya hidup sihat sekaligus menambah bilangan pengundi di kalangan wanita. Saya berharap, kejohanan ini akan mendapat sambutan yang baik dan boleh dijadikan sebagai acara tahunan,” katanya.

Kejohanan yang bakal berlangsung pada 30 April, 1 dan 2 Mei akan datang ini akan diadakan di Kompleks Futsal Putrajaya, Presint 18, Putrajaya.

Ianya terbuka kepada seluruh wanita warganegara Malaysia berusia 15 hingga 35 tahun.

Setiap pasukan boleh diwakili seramai 10 orang termasuk jurulatih dan pengurus.

Juara pertandingan bakal memenangi wang tunai RM8,000 berserta piala dan medal. Naib juara, wang tunai RM5,000 berserta medal. Tempat ketiga, wang tunai RM3,000 berserta medal.

Tempat keempat, wang tunai RM1,000 berserta medal. Tempat kelima hingga kelapan akan menerima saguhati wang tunai berjumlah RM500 dan tempat kesembilan hingga ke16, wang tunai RM300. – MediaUMNO

Link : http://www.futsalputeri.blogspot.com/
Entry Form : https://lh3.googleusercontent.com/-f1wIC1TCRgs/TYv8sFXz3WI/AAAAAAAAAD8/KOkYmfO0xAw/s1600/borang_flyer.jpg

Disclaimer

zeroplan.blogspot & zeroplan.facebook are not manage and build this event. Date, Venue, Time and Tickets price about to change without prior notice. Decision based on information that we collect maybe are not true and may cost you a risk and loss. Please be advice to check the official website and organizer to confirm your journey and activity. Do notice us if the event and our post were canceled, postponed or wrong. Thank You, Admin ZeroPlan Malaysia.
x

Like us On Facebook


.